Rabu, 25 November 2009

Amirul disambut bak selebriti

KELAHIRAN anak kelima pasangan Aisha Bee dan Mohd. Ali ini mengejutkan seluruh negara.



kilogram sudah dianggap besar dan
menyebabkan kesukaran timbul sewaktu proses melahirkannya.
Namun, seorang ibu di Changlun, Kedah,
Aisha Bee Yasin, 35, telah melahirkan bayi
dipercayai paling berat di negara ini.
Bukan empat atau lima kilogram
sebaliknya anak kelima suri rumah
itu mencecah berat sehingga 6.15 kg. Beliau bukan bukan
sahaja mengejutkan doktor dan jururawat
malah suaminya, Mohd. Ali Khan Razali, 41.
Menurut Aisha, sejarah keluarganya
tidak pernah melahirkan bayi sebesar
itu kecuali anak keempatnya, Nur Hasyimah yang seberat 5 kg.
Tambah Aisha, satu-satunya amalan pelik yang
beliau lakukan semasa mengandung ialah
makan bunga ros dan buah kedondong sehingga sekilogram sehari.
"Saya tidak makan nasi kecuali nasi lemak.
Selain kedondong dan bunga ros, saya makan
roti dan minum susu. Adakalanya saya
menjamah laksa atau tosai," kata Aisha
yang mendapat diabetes semasa mengandungkan Mohamad Amirul Nazrin.
Mengikut catatan rekod dunia, bayi yang
paling berat pernah dilahirkan ialah bayi
lelaki di Amerika Syarikat yang lahir pada
tahun 1879 dengan berat 10.8 kg. Bagaimanapun,
bayi itu meninggal dunia 11 jam kemudian.
Memperoleh bayi gergasi merupakan
fenomena yang mengujakan.
Bayi paling berat di Indonesia yang dilahirkan pada
September lalu kini menjadi tarikan
pelancong untuk melihatnya di Kisaran, wilayah Sumatera Utara.
Bapa bayi tersebut, Hasanuddin,
50, menamakan anak
ketiganya yang mencecah berat 8.7 kg itu sebagai
Muhammad Akbar Risuddin.
Ibu Muhammad Akbar, Ani, 41, memberitahu,
dia tidak menduga akan melahirkan
bayi gergasi itu di Hospital Abdul Manan melalui pembedahan.
"Pada mulanya, saya menganggap akan melahirkan bayi kembar," kata Ani.
Menurutnya, bayinya itu kerap mahu makan.
"Susu saya tidak mencukupi. Kami terpaksa
memberinya susu botol," ujar Ani, seorang penghidap diabetes.
Sakit bersalin
Di London pada Ogos 2007, seorang ibu,
Amanda Ellerton berjaya melahirkan
seorang anak lelaki seberat 6.3 kg iaitu
dua kali ganda berbanding berat bayi normal lain.
"Saya tidak faham mengapa dia sukar
untuk dilahirkan," kata Ellerton, 24,
yang melahirkan anak lelakinya itu, Shaune secara normal.
Menurutnya, dia berasa amat sakit
ketika melahirkan bayi itu manakala
setiap kakitangan hospital juga terkejut melihat saiz badannya.
Suami Elllerton, Robert Nicholson, 28,
terpaksa membeli baju untuk bayi berumur enam
bulan setelah kelahiran Shaune di sebuah
hospital di Britain. Bagaimanapun,
Nicholson mempercayai bahawa gen
keluarganya sebagai antara punca anaknya
mempunyai berat sedemikian kerana
berat ibunya ketika dilahirkan adalah 5.89 kg

AISHA BEE memakan sehingga

sekilogram buah kedondong setiap hari semasa

mengandungkan Amirul.

Namun, tabiat itu bukan penyebab bayinya besar di dalam kandungan.



AKBAR RISUDDIN menggemparkan Indonesia dengan berat 8.7 kg.

Pakar Runding Obstetrik Ginakologi,
Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. Fauziah Mohd.
Hassan yang mengulas mengenai fenomena kelahiran
bayi gergasi di seluruh dunia berkata, terdapat
dua faktor utama yang menyebabkan ia
berlaku iaitu genetik dan penyakit diabetes.
"Kalau keturunannya berasal dari negara
Arab atau Eropah yang penduduknya
rata-rata berbadan besar,
kelahiran bayi yang melebih 5 kg adalah normal.
"Berbanding orang Asia, tubuh kita lebih kecil,
termasuk tulang pelvis yang amat penting
bagi menampung proses kelahiran bayi
besar," jelas Fauziah sambil menyatakan
berat bayi normal adalah sekitar 2.5 hingga 3.5 kg.
Bagi kelahiran bayi bersaiz besar yang
disebabkan si ibu menghidap diabetes,
berat bayi normal adalah dari 4 kg hingga 5 kg sahaja.
"Ia terjadi kerana kandungan gula dan air
yang tinggi lalu menghasilkan
lemak pada tubuh bayi," tambah beliau.
Tumpah darah
Berdasarkan pengalaman, ujar Fauziah,
kelahiran bayi besar bukanlah satu
perkara yang 'menyeronokkan' bagi pakar
perbidanan. Ini kerana terlalu banyak risiko
yang terpaksa dilalui oleh ibu dan anak terbabit.
"Sekiranya kelahiran bayi adalah normal,
risiko utama yang bakal dihadapi ialah bahu
bayi tersangkut pada tulang pelvis.
Ini kerap terjadi pada ibu yang
mempunyai tulang punggung yang kecil.
"Justeru, dalam keadaan kecemasan, tulang
bahu bayi terpaksa dipatahkan bagi
membolehkan proses kelahiran dilakukan
dan seterusnya menyelamatkan bayi daripada lemas," terangnya.
Pergerakan untuk menarik bayi keluar
akibat bahu tersangkut juga akan
menyebabkan urat saraf di bahagian
tersebut tertarik. Akibatnya, bayi akan mengalami kecacatan.
Bukan itu saja, bagi pihak ibu pula, komplikasi
lain akan turut berlaku seperti tumpah darah
memandangkan uri tidak menguncup
sebaiknya manakala rahim dan faraj akan terkoyak teruk.
"Ada sesetengah kes, pembedahan membuang
rahim terpaksa dilakukan bagi
menghentikan pendarahan," tegas Fauziah.
Disebabkan komplikasi tersebut, kebanyakan
ibu yang dikenal pasti mempunyai
janin melebihi saiz normal akan dinasihatkan
agar mempercepatkan kelahiran.
Malah, andainya janin tersebut cukup
matang pada minggu ke-38, pembedahan
segera akan dilakukan supaya ia tidak menghadapi risiko lain.
"Selalunya, pada bulan ketujuh kehamilan,
kita sudah dapat mengetahui potensi
saiz bayi yang akan dilahirkan melalui pemeriksaan ultrabunyi.
"Jika pembesaran bayi tersebut berlipat kali
ganda, pemantauan khas akan dilakukan
terutama pada ibu yang mempunyai diabetes,
" jelasnya yang menyangkal dakwaan bahawa
penggunaan beberapa jenis ubat yang
dibekalkan oleh doktor seperti asid folik
mampu membuatkan bayi besar di dalam kandungan.
Tegas Fauziah, ramai ibu mengandung
yang keliru keperluan dalam
mengambil pil tersebut ketika tempoh kehamilan.
"Pil atau vitamin yang diberikan hanyalah
bertindak sebagai suplemen. Ia penting kerana
kebanyakan ibu-ibu hamil di Malaysia
tidak mempunyai zat besi yang mencukupi di dalam tubuh mereka.
"Jadi, dengan pengambilan suplemen
tersebut, ia membantu memastikan ibu dan
bayi mendapat zat yang diperlukan,
" jelasnya yang pernah menyambut kelahiran bayi bersaiz 5.25 kg
secara normal pada beberapa tahun lalu.
Rabu lalu, berat bayi Aisha Bee, Mohamad Amirul
Nazrin bertambah 1 kg kepada 7.15 kg.
Meskipun sudah melahirkan bayi bersaiz gergasi,
Aisha tidak bimbang anaknya itu menjadi obes apabila besar nanti.
Sementelah, keempat-empat anaknya yang
terdahulu akan menyusut berat badan
apabila mencapai umur enam bulan.
"Memang perkara normal anak-anak saya
agak berisi sewaktu dilahirkan," katanya
yang masih tidak putus-putus menerima
kunjungan orang ramai seolah-olah dia baru melahirkan seorang selebriti.

0 Apa kATa mEREKa: