Selasa, 17 November 2009

Kanser daripada sotong kering

Mengandungi logam toksik
sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat
Gambar-gambar atas, ialah sotong kering.
Kalau dibakar atau dimasak sambal, sedap oooo!!!
Sedarkah anda, selalu makan sotong kering lebih merbahaya dari merokok.
Dalam mazhab Hanafi, sotong adalah haram dimakan.


PEGAWAI penyelidik CAP,
Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering
yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya
di Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan
sotong kering ditambah lagi jika
dimasak sebagai sambal. Namun Persatuan
Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan,
tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa
sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium,
bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.
"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan
seseorang terhadap kanser payu dara, kanser
prostat serta penyakit buah pinggang,
'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris
pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.
Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut
kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga
mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan
kadmium dalam sotong kering melebihi
empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.
CAP membuktikan perkara itu melalui ujian
rawak melibatkan enam sampel sotong
kering dan hasilnya mendapati lima sampel
mengandungi kadmium serta tiga daripadanya
mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan

0 Apa kATa mEREKa: